Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Berkhatan beramai-ramai di Kalabakan

9:46am 01/12/2015 Ann Vivien 66 views Berita Pilihan,Isu Semasa,Tempatan
Hamisa menyertai program berkhatan perdana 2015 bersama 56 orang kanak-kanak.

Hamisa semasa program berkhatan perdana 2015 bersama 56 orang kanak-kanak.

TAWAU: Budaya berkhatan masyarakat Islam di negara ini diteruskan melalui pelbagai pendekatan termasuk penganjuran majlis berkhatan secara beramai-ramai yang nyata mempunyai manfaat besar.

Perkarangan Masjid Kampung Kalabakan, Tawau telah mengadakan program Khatan Perdana 2015 dengan penyertaan seramai 56 orang.

“Saya berharap program Khatan Perdana ini akan terus mendapat sokongan dari pihak ibubapa dan selain itu ia turut memenuhi tuntutan syarak, “ kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat.

Menurut Hamisa program sebegini perlu diteruskan kerana ia dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama masyarakat dan selain itu kanak-kanak ini turut juga dapat merasa kemeriahan dalam majlis berkhatan ini.

“Program sebegini mampu mengurangkan rasa gemuruh anak-anak yang akan berkhatan serta mereka juga turut dapat berkenalan antara satu sama lain.

“Terima kasih kepada pihak Pusat Zakat Sabah dan Pejabat UPPM Tanjong Batu kerana bertungkus lumus menjayakan program berkhatan pada kali ini,” katanya.

Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat berkata amalan itu yang merupakan tradisi masyarakat Islam wajar juga didedah kepada generasi baru kerana ia merupakan satu lambang perpaduan antara pelbagai lapisan rakyat.

“Program khatan beramai-ramai ini wajar diteruskan termasuk mendapat penyertaan pelbagai pihak bukan kerajaan kerana melaluinya, kewujudannya dapat mendekatkan lagi hubungan dengan masyarakat,” katanya

Jelasnya program sebegini harus diteruskan pada masa depan kerana bukan sekadar melaksanakan tanggungjawab mengkhatankan anak-anak tetapi mampu mempereratkan kerjasama antara penduduk kampung di sekitar masyarakat setempat di situ.

Kata beliau, program berkhatan secara beramai-ramai akan meningkatkan lagi semangat kekeluargaan dan mengukuhkan ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Program ini juga merupakan anjuran Pusat Zakat Sabah cawangan Tawau dengan kerjasama Pejabat UPPM N.59 Tanjong Batu.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan