Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Berkelakuan Baik, Ameng Akan Dibebaskan Dalam Masa Terdekat

11:08am 14/06/2016 Pak Roshan 211 views Hiburan

ameng

SETELAH lima tahun dipenjarakan atas kesalahan dadah, vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail akan dibebaskan dari Penjara Kluang, Johor dalam masa terdekat ini.

Memetik Harian Metro, isterinya, Sabariah Zakaria meminta semua pihak memberi suaminya ruang untuk bertenang dan berehat bersama keluarga sebaik dibebaskan.

“Berilah Ameng peluang untuk bertenang dan mengembalikan kekuatan dan keyakinan dirinya sehari dua ini.

“Abang Ameng akan bebas, tapi saya tidak mengesahkan pada mana-mana pihak yang beliau akan dibebaskan esok,” katanya.

Ameng yang popular dengan lagu Sampai Hati telah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Seksyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.

Walau bagaimanapun, hukuman terhadap vokalis itu dipendekkan berikutan dia berkelakuan baik serta menunjukkan displin cemerlang semasa dipenjarakan.

-mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan