Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Berjaya pindah kepala monyet

10:36am 22/01/2016 Pak Roshan 654 views Global
MONYET yang didakwa menjalani pembedahan pemindahan kepala.

MONYET yang didakwa menjalani pembedahan pemindahan kepala.

Rome: Seorang pakar bedah pelik Itali mendakwa penyelidik di China berjaya menjalankan pembedahan pemindahan kepala ke atas seekor monyet.

Sergio Canavero menarik perhatian media tahun lalu apabila mendedahkan rancangannya melakukan pembedahan pemindahan kepala manusia.

Selepas bekerjasama dengan pasukan perubatan China dan penyelidik di Korea Selatan, Canavero mendakwa rancangan merealisasikan hasratnya semakin hampir selepas kajian dilakukan ke atas monyet, tikus dan mayat manusia.

Dia memberitahu laman web New Scientist: “Orang ramai perlu berhenti memikirkan rancangan itu mustahil. Ia pasti berjaya dan kami sedang berusaha ke arah itu.”

Meskipun New Scientist masih belum melihat kertas kerjanya, ia mendakwa sudah melihat imej dan video prosedur mengerikan yang digambarkan Canavero. Satu imej seolah-olah menunjukkan monyet dengan kepalanya dijahit, menyerupai jahitan dalam filem Frankenstein. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan