Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Berinteraksi secara bersemuka lebih bermakna

6:15am 06/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 39 views Tempatan
Para peserta SSEAYP -Foto oleh Alex Mairin/ Sayang Sabah

Para peserta SSEAYP -Foto oleh Alex Mairin/ Sayang Sabah

KOTA KINABALU- Pihak kerajaan menyokong perlaksanaan program atau aktiviti-aktiviti yang boleh menggalakkan interaksi sesama manusia terutamanya belia di era teknologi ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata usaha yang dicurahkan untuk menggalakkan interaksi sesama manusia oleh negara berteknologi tinggi seperti Jepun, merupakan satu usaha yang perlu dibanggakan.

“Saya pasti semua akan bersetuju bahawa tidak kira betapa pentingnya fungsi teknologi untuk menghubungkan seseorang individu dengan individu yang lain tidak kira di mana jua. Namun, komunikasi secara bersemuka (Face-to face) adalah lebih bermakna”, katanya

Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan ketika berucap di Program “Ship for South- East Asian and Japan Youth” yang ke 42 (SSEAYP) di Grand Ballroom, Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa, disini, semalam.

Disamping itu, Musa juga menggalakkan agar para belia untuk menjelajah ke tempat lain tidak kira dalam atau luar negara.

“Banyak masalah boleh diselesaikan atau lebih baik lagi, dielakkan jika mereka (belia) mampu untuk bergaul dengan orang dari pelbagai lapisan masyarakat dan budaya”, tambahan beliau.

Selain itu, beliau juga telah mengumumkan bahawa peserta program yang datang dari negara yang berbeza bakal merasai pengalaman yang menyeronokkan dimana mereka akan tinggal bersama keluarga angkat yang telah terpilih untuk program tersebut. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan