Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Beri satu jam anda kepada bumi’

SOKONG EARTH HOUR... Abidin bersama-sama wakil agensi kerajaan dan swasta menunjukkan 'Pledge' sebagai tanda sokongan kempen Earth Hour 2015.
SOKONG EARTH HOUR… Abidin (tiga dari kanan) bersama-sama wakil agensi kerajaan dan swasta menunjukkan ‘Pledge’ sebagai tanda sokongan kempen Earth Hour 2015.

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Hyatt Regency Kinabalu dan Tabung Alam Sekitar Sedunia (WWF) Malaysia akan menganjurkan kempen Earth Hour 2015 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu pada Sabtu ini.

Kempen tersebut yang merupakan acara tahunan bagi penduduk seluruh dunia adalah bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu perubahan iklim global.

Bersempena dengan kempen itu, penggunaan lampu dan peralatan elektrik di rumah kediaman dan premis perniagaan serta pejabat akan dimatikan semalam satu jam bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam Sabtu ini.

Sehubungan itu, Mayor Datuk Abidin Madingkir menyeru warga di sekitar bandaraya ini agar dapat bersama-sama menjayakan kempen itu di premis masing-masing sekaligus menyokong usaha kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan gaya hidup hijau.

“Berilah satu jam anda kepada bumi kita, padamkan lampu dan peralatan elektrik lain semasa kempen tersebut demi generasi kita yang akan datang,” katanya pada sidang media di Bangunan DBKK di sini hari ini.

Katanya, bilangan penyertaan masyarakat dalam kempen ini akan direkodkan sebagai petunjuk kepada maklum balas orang ramai yang menyokong pelaksanaan Earth Hour 2015.

Sementara itu, beliau berkata, lampu jalanraya beberapa kawasan sekitar bandaraya ini akan ditutup sepanjang kempen tersebut berlangsung.

Antara kawasan yang terlibat ialah jalan sepanjang Teluk Likas hingga ke bulatan Masjid Bandaraya, Segama, Waterfront, Sinsuran, Jalan Mat Salleh, First Beach Tanjung Aru, Jalan Tun Razak dan sekitar Karamunsing.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan