Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beri perhatian kepada kanak-kanak Autisme: Jahid


Jahid ketika berucap merasmikan Pelancaran Bulan Kesedaran Autisme Peringkat SK Pekan Tamparuli.

TAMPARULI: Kanak-kanak autisme dan golongan istimewa yang lain perlu diberi perhatian oleh masyarakat setempat, kata Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tamparuli Datuk Jahid Jahim.

Beliau berkata, peranan masyarakat dalam memberi nilai tambah golongan berkenaan perlu agar mereka tidak tersisih.

“Masyarakat juga perlu memberi kerjasama serta menyokong usaha dilaksanakan pihak berkaitan khususnya menerusi program-program pendidikan seperti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Bulan Kesedaran Autisme Peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tamparuli, di Chanteek Borneo dekat sini baru-baru ini.

Menurut Jahid, ibu bapa yang memiliki anak autisme sewajarnya menerima keadaan anak dikurniakan Tuhan itu dengan hati senang.

“Ibu bapa tidak bersendirian dalam membimbing anak-anak ini. Kerajaan juga tidak mengabaikan kebajikan kanak-kanak autisme dengan menganggap mereka sebagai aset negara dan bukan ‘bebanan’.

“Oleh itu adalah perlu untuk semua pihak saling berganding tangan mencari jalan yang menyumbang kepada nilai tambah anak-anak terlibat sepanjang proses menjadi dewasa,” ujarnya.

Untuk rekod, Bulan Kesedaran Autisme Peringkat SK Pekan Tamparuli julung kali diadakan bertujuan menyebarkan maklumat mengenai autisme, memupuk kesedaran serta keprihatinan masyarakat terhadap orang istimewa terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas yang lain seterusnya menggalakkan penglibatan semua pihak.

Turut hadir pada majlis itu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Pekan Tamparuli Raineh Sawan, Pengerusi PDK Tamparuli Madin Anak, Timbalan Pengerusi Kelab Permuafakatan Guru dan Ibu Bapa SK Pekan Tamparuli Arman Raji dan Pengurus Galeri Chanteek Borneo Anne Antah./SayangSabah

Jahid (belakang lima dari kanan) bergambar bersama guru dan ibu bapa serta kanak-kanak autisme.

Komen


Berita Berkaitan