Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Beri peluang kepada wanita untuk bertanding dalam PRU

12:09pm 15/10/2016 Leolerry Lajius 67 views Politik,Semporna,Tempatan
Terus berjuang...Nasir, Jamawi, Ahmad Marzuki, Zakiah, Latifah menyatakan semangat sokongan.

Terus berjuang…Nasir, Jamawi, Ahmad Marzuki, Zakiah, Latifah menyatakan semangat sokongan.

SEMPORNA: Ahli Puteri Umno di semua peringkat kepimpinan diminta supaya tidak mudah selesa dengan pencapaian politik UMNO hari ini.

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Zakiah Kalipunya berkata, sebaliknya semua anggota pergerakan perlu sedar bahawa mereka kini berdepan dengan cabaran masa depan yang begitu getir.

Menurut beliau, perjuangan ahli Puteri Umno masih jauh dan tidak ada cara lain untuk mengekalkan kesinambungan perjuangan yang ditinggalkan oleh pemimpin UMNO terdahulu dan pemimpin UMNO hari ini kecuali dengan kekal bersatu.

“Ahli Puteri Umno harus kekal bersatu dan setia dengan kepimpinan yang ada. Jangan mudah goyah keyakinan kepada kepimpinan kita.

“Ahli Puteri juga sedar bahawa pemimpin boleh datang dan pergi tetapi obor UMNO mesti terus dipastikan menyala dan menerangi jalan untuk kita lalui dan menjadi panduan kepada generasi akan datang” katanya.

Beliau turut menyatakan, Puteri Umno  perlu sedar bahawa mereka tidak  boleh berasa selesa dan sambil lewa dengan pencapaian yang dimiliki oleh UMNO hari ini.

“Jangan ingat kita berada dalam negara yang merdeka, kita tidak terjajah, merasa selesa..kerana tanpa kuasa politik yang teguh pada masa akan datang boleh menyebabkan kuasa pentadbiran dan pemerintahan dikuasai oleh orang lain,” tambahnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada perasmian serentak persidangan Perwakilan Wanita, Puteri dan Pemuda  Umno Semporna di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini.

Majlis perasmian serentak persidangan perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Semporna dirasmikan Ketua Penerangan Umno Malaysia, Jamawi Jaafar.

Hadir sama  pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, pemangku Ketua Wanita Semporna, Latifah Panglima Indi, pemangku Ketua Pemuda Umno Ahmad Marzuki Datuk Nasir, wakil Perhubungan Wanita Umno Sabah, Ketua Wanita Umno Silam Mizma Appehdullah, wakil Perhubungan Pemuda Umno Sabah, Ariffin Kassim serta perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Semporna.

Turut hadir sama Ketua-ketua Puteri Umno Zon 6 (Kalabakan, Tawau dan Silam) serta ketua-ketua Puteri daripada Sepanggar, Putatan dan Kota Marudu wakil Perhubungan Puteri Umno Sabah ialah Sharifah Lydia Sharif Dandan Ketua Puteri Umno Kota Marudu.

Beliau  yang juga Ketua Puteri Umno Semporna menggesa semua anggota Puteri supaya meningkatkan keupayaan diri sama ada pengetahuan atau kemahiran dalam apa juga bidang bagi memastikan tidak ketinggalan dalam kepesatan kemajuan dunia hari ini.

Beliau dalam pada itu mengusulkan supaya pucuk pimpinan parti dapat mengetengahkan lebih ramai calon dalam kalangan ahli Puteri pada pilihan raya ke 14 akan datang terutama di Semporna.

“Tiba masanya wanita muda diberi peluang sebagai calon, kerana mereka ini merupakan pelapis kepimpinan sekali gus mampu membawa idea-idea baharu dan membawa suara orang muda baik di Dewan Undangan Negeri mahu pun di Parlimen,” ujar beliau.

Zakiah yang juga memangku Naib Ketua Umno bahagian Semporna turut meminta supaya semua pihak terus berusaha mengekalkan perpaduan yang sedia ada bagi mengukuhkan lagi kekuatan parti.

“Kita perlu berlapang dada dan bersikap postif apabila ada sebilangan pemimpin yang bertindak keluar daripada UMNO kerana perbezaan pendapat.

“Namun hakikatnya kita perlu kekal setia kepada parti, kerana inilah satu-satunya platform terbaik untuk membela nasib dan masa depan masyarakat Melayu Bumiputera,” ujarnya./SayangSabah

Terima kasih..Lydia menerima cenderahati sebagai pelapor daripada Zakiah.

Terima kasih..Lydia menerima cenderahati sebagai pelapor daripada Zakiah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan