Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beri peluang belia dilantik sebagai ahli majlis PBT

BELIA.... Tawfiq bergambar kenangan bersama-sama para belia semasa di program tersebut. - foto JIMMY TAN / Sayangsabah.
BELIA…. Tawfiq bergambar kenangan bersama-sama para belia semasa di program tersebut. – foto JIMMY TAN / Sayangsabah.

KINABATANGAN – Pihak berkuasa tempatan disaran menyediakan kouta untuk belia menyertai agensi kerajaan itu sebagai ahli majlis demi pembangunan di negeri ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, golongan belia perlu diberi peluang untuk menjadi ahli majlis daerah, perbandaran atau dewan bandaraya.

“Setiap pembangunan perlu mengambil kira keperluan golongan muda,” katanya semasa sesi diskusi program pembangunan belia 2015 bertempat di Koperasi Pelancongan Mukim Batu Putih di Kampung Mengaris, Kota Kinabatangan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, calon ahli majlis tersebut perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan termasuk mendapat sokongan daripada persatuan belia yang berdaftar.

“Belia yang ingin dicalonkan sebagai ahli majlis PBT wajib mempunyai latar belakang seperti pemimpin utama persatuan belia, berpendidikan serta jujur amanah,” katanya lagi.

Beliau juga berkata bahawa belia yang terpilih sebagai ahli PBT juga tidak digalakkan bercakap mengenai politik sebaliknya menumpukan perhatian khas untuk pembangunan belia di kawasan masing-masing.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan