Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beri peluang belia berbakti kepada masyarakat: Seruji

Belia pelapis kepimpinan negara di masa hadapan. - Gambar Hiasan
Belia pelapis kepimpinan negara di masa hadapan. – Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Belia masa kini harus diberi peluang menjalankan tanggungjawab mereka untuk berbakti kepada masyarakat tanpa perlu menunggu waktu sesuai agar mereka bersedia menjadi pelapis kepada kepimpinan negara pada masa akan datang.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Seruji Nawawi berkata peluang seperti itu berupaya melatih golongan muda menjadi pemimpin bukan hanya di peringkat komuniti tetapi juga untuk negeri Sabah, khususnya dan negara, amnya.

“Kita tidak boleh menunggu untuk memberi peluang itu kerana mereka adalah bakal pengganti kepada pemimpin yang ada pada hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis malam cinta Allah SWT dan Rasulullah SAW sempena ambang tahun baharu di Masjid Jamek Likas di sini semalam.

Turut hadir bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah.

Mengenai majlis itu, Seruji, yang juga Pengerusi Masjid Jamek Likas, berkata golongan belia kawasan Likas telah diberi peluang menganjurkan majlis berkenaan melibatkan belia yang berumur di antara 20 hingga 25 tahun.

Beliau berkata program yang julung kalinya diadakan sejak 50 tahun penubuhan masjid itu adalah atas inisiatif belia di kawasan itu dengan kerjasama ahli jawatankuasa masjid Jamek berkenaan.

Majlis itu dihadiri kira-kira 1,000 orang dan tabung bantuan untuk mangsa banjir di seluruh negara turut dilancarkan. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan