Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BERI KHIDMAT TERBAIK

penjawatawaM

 

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman menyeru penjawat awam dan badan berkanun agar memberikan khidmat terbaik menepati peredaran dan kehendak masa.

Beliau berkata keberkesanan perkhidmatan badan berkanun diukur melalui pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) organisasi yang merangkumi keseluruhan aspek termasuk budaya, nilai,budi bahasa serta motivasi dalam menjalan dan menyampaikan tugas.

“Matlamat utama penjawat awam badan berkanun ialah kesejahteraan rakyat, perkhidmatan untuk rakyat dan rakyat mestilah terus didekati serta difahami,” katanya.

Musa berkata demikian dalam majlis makan malam Persatuan Badan Berkanun Malaysia sempena mesyuarat persatuan itu.

Teks ucapanya disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Musa berkata setiap tindakan dan keputusan penjawat awam badan berkanun kini diperhatikan, diperhalusi dan diperiksa serta dikritik bukan sahaja dari dalam tetapi juga luar negara.

Katanya dalam era maklumat terbuka kini, tidak ada individu, jabatan, kementerian mahupun institusi yang terlepas daripada diperhatikan.

 

Komen


Berita Berkaitan