Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BERI KEUTAMAAN KEPADA KUALITI DAN KESELAMATAN HASIL TANAMAN NEGERI

Pengarah Jabatan Pertanian Sabah, Datuk Idrus Shafie (empat dari kiri) bergambar beramai selepas merasmikan seminar amalan pertanian baik bagi pengusaha dan pengeksport di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Kualiti dan keselamatan hasil tanaman makanan perlu diberi keutamaan dan perhatian khusus bagi memenuhi kehendak pasaran dalam dan luar negeri.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong berkata, usaha berkenaan adalah perlu kerana beberapa daerah di Sabah menjadi pengeluar tanaman makanan utama.

“Daerah Keningau, Tenom, Tambunan, Sipitang dan Ranau adalah merupakan antara daerah pengeluar buah-buahan dan sayur-sayuran di Sabah.

“Ianya juga adalah antara penyumbang terbesar kepada nilai eksport negeri ini ke luar negara khususnya Brunei Darussalam dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Seminar Amalan Pertanian Baik (APB) bagi Pengguna dan Pengeksport Hasil Tanaman Makanan Sabah Ke Negara Brunei Darussalam dan Sarawak di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pengarah Jabatan Pertanian Sabah Datuk Idrus Shafie.

Katanya, statistik Jabatan Pertanian Sabah pada 2017, industri tanaman makanan Sabah telah mencapai keluasan sebanyak 21,902.2 hektar dengan pengeluaran sebanyak 43,593.1 tan.

Jelasnya, daripada keluasan itu, industri sayur-sayuran dan buah buahan telah menyumbang sebanyak RM603,408 melalui pengeskportan ke Brunei Darussalam sebanyak 436.64 tan.

“Data ini menunjukkan bahawa industri sayur-sayuran dan buah-buahan juga memberi sumbangan yang signifikan terhadap ekonomi Sabah.

“Kita cuba bayangkan sekiranya, para pengimport tidak membeli sayur-sayuran kita disebabkan oleh masalah kualiti keselamatan makanan tidak ditepati.

“Maka, ini akan memberi kesan yang amat besar ke atas industri pertanian sayur-sayuran kita,” jelasnya.

Dalam pada itu, tambahnya, ekonomi negeri akan terjejas dan amat sukar untuk memulihkan keyakinan para pengimport untuk mengimport semula sayur-sayuran keluaran Sabah. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan