Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beri kerjasama pelaksanaan perintah berkurung – Musa Aman

musa aman PB

SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman meminta penduduk di kawasan perintah berkurung memberi kerjasama kepada Pasukan keselamatan.

Menurut beliau, penduduk tidak perlu cemas dan panik termasuk membeli barangan keperluan.

“Bagi kerjasama dan jangan cemas serta panik membeli barang keperluan. Jika ada melihat orang tidak dikenali di kawasan mereka, beritahu pihak berkuasa.

“Jangan sesekali berkompromi dengan orang tidak dikenali dan sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa,” katanya pada majlis penyampaian bantuan Ramadan di Masjid Al-Qudus Kampung Peringkat 3 dekat sini, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa hari ini hingga 2 Ogos ini.
Ia bermula jam 6 petang hingga 6 pagi.

Kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.
Musa turut mengingatkan penduduk supaya tidak melindungi anasir yang mahu membuat kacau bilau.

Komen


Berita Berkaitan