Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,683

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Beri kerjasama kepada Maritim Malaysia

4:14pm 28/11/2015 Leolerry Lajius 11 views Tempatan
Laksamana Wan Mohd Affandi berucap pada majlis tersebut.

Laksamana Wan Mohd Affandi berucap pada majlis tersebut.

 

KUDAT:Program Sahabat Maritim sebagai salah satu platfrom untuk mendekatkan masyarakat kepada agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Demikian ungkapan Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Wan Mohd. Affandi bin Wan Ahmad ketika berucap merasmikan program tersebut di Dewan Serbaguna Kampung Tajau Laut Kudat pagi tadi.

Tambah beliau sebagai usaha menjaga perairan daerah Kudat, Daerah Maritim 16 Kudat telah ditubuhkn sejak 11 April 2013 yang melibatkan kawalan perairan dengan keluasan sejumlah 5,840 kilometer persegi.

Beliau turut menyeru komuniti maritim agar memberikan kerjasama dalam usaha penjagaan kawasan perairan di Daerah Kudat.

“Tugas penguatkuasaan di perairan daerah Kudat tidak mampu dioptimumkan tanpa kerjasama dari komuniti maritim sendiri,”katanya.

Program yang bermula sejak 25 November yang lalu itu turut mengadakan pameran, pemeriksaan kesihatan, sukaneka dan sesi soal jawab.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan