Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Beri kerjasama, jangan halang tugas wartawan’

TANGGUNGJAWAB sebagai wartawan bukan tugas yang mudah.  Hanya kecekalan dan keikhlasan hati sahaja akan terus membawa profesion ini terus dihormati oleh semua pihak. - Gambar Hiasan
TANGGUNGJAWAB sebagai wartawan bukan tugas yang mudah. Hanya kecekalan dan keikhlasan hati sahaja yang akan membawa profesion ini terus dihormati oleh semua pihak. – Gambar Hiasan

TAWAU – Semua pihak perlu memahami peranan dan tanggungjawab wartawan serta tidak sesekali bertindak menghalang ketika mereka sedang menjalankan tugas di sesebuah lokasi atau majlis rasmi bagi membantu golongan profesion itu menghasilkan penulisan berita yang tepat dan baik.

Pengerusi Persatuan Wartawan dan Pengamal Media Tawau (PEWARTA), Shamry M. Sani berkata, masyarakat harus memberi kerjasama kepada wartawan agar sebarang isu, permasalahan atau kejadian yang berlaku dapat dilaporkan dengan cepat  dan tindakan segera dapat diambil oleh pihak berkuasa berkaitan.

“Wartawan mempunyai tanggungjawab besar dalam mendidik minda serta mengubah persepsi masyarakat mengenai sesuatu isu atau permasalahan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan PEWARTA 2015 di sini, malam kelmarin.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar sebuah bengkel diadakan bagi memberikan pemahaman dan penjelasan kepada pelbagai pihak mengenai tugas wartawan.

“Bengkel memberi penjelasan mengenai tugas dan cara wartawan bekerja perlu didedahkan bagi memudahkan semua pihak tanpa mengira lapisan masyarakat,” katanya lagi.

Terdahulu, Shamry ketika berucap pada mesyuarat berkenaan mahu semua ahli PEWARTA menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab serta berusaha meningkatkan kredibiliti profesion kewartawanan.

“Tanggungjawab sebagai wartawan bukan tugas yang mudah hanya kecekalan dan keikhlasan hati sahaja yang akan membawa profesion ini terus dihormati dan penting untuk pembangunan masyarakat dan negara keseluruhan,” katanya.
– Oleh MASANI SANDAN / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan