Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Beri kerjasama dengan pihak keselamatan untuk menjaga keamanan

8:02pm 03/02/2016 Leolerry Lajius 42 views Tempatan
Abdul Rashid (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Tun Juhar (tengah) dan isteri, Toh Puan Norlidah (kanan).

Abdul Rashid (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Tun Juhar (tengah) dan isteri, Toh Puan Norlidah (kanan).

KOTA KINABALU: Masyarakat diminta agar sentiasa memberi kerjasama dengan pihak keselamatan khususnya dalam aspek keamanan dan kedaulatan negara.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Abdul Rashid Bin Harun, dengan adanya kerjasama dari semua pihak pelbagai masalah terutamanya berkaitan dengan isu keselamatan akan dapat diselesaikan.
“Polis amat mengharapkan kerjasama daripada masyarakat di negeri ini untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan keselamatan demi menjaga kedaulatan dan keamanan negara,” katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa hubungan rapat dengan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang baharu akan melicinkan lagi usaha menjaga keselamatan di Sabah.

Tambah beliau, perintah berkurung juga akan diteruskan bagi memudahkan pihak keselamatan membezakan antara lawan dan kawan.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Datuk Mahiruddin dan Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni di Istana Negeri, pagi tadi.

Abdul Rashid yang dilantik menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah pada 4 Januari lalu turut diiringi para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah.-Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan