Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,707

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Beri kerjasama dengan pasukan keselamatan tangani Daish

12:52pm 10/07/2016 Leolerry Lajius 24 views Tempatan
Musa (tengah) mengambil gambar bersama barisan pemimpin yang hadir sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa (tengah) mengambil gambar bersama barisan pemimpin yang hadir sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

PAPAR: Orang ramai diseru agar memberikan kerjasama kepada pasukan keselamatan bagi membendung ancaman kumpulan militan Daish.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, langkah itu adalah penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Pasukan kesematan telah diminta untuk bersiap sedia sejak dari awal bagi membendung ancaman kumpulan militan ini.”

“Kerjasama daripada masyarakat juga amat penting dalam usaha menangani isu ini dengan tampil membuat laporan sekiranya terdapat perkara yang menimbulkan kesangsian,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rasyid Shirlin, ADUN N.21 Kawang Datuk Hj Gulam Haidar Khan Bahadar dan ADUN N.22 Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail, di sini, kelmarin.

Musa turut menyatakan bahawa sambutan rumah terbuka seumpama ini merupakan salah satu wadah untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

“Melalui sambutan perayaan seumpama ini kita dapat melihat kehadiran pengunjung yang bukan sahaja terdiri daripada masyarakat yang beragama islam malah turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat yang bukan beragama islam,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Rosnah beramah mesra dengan pengunjung yang hadir sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Rosnah beramah mesra dengan pengunjung yang hadir sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan