Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beri kepercayaan penuh kepada PM

Kakitangan awam yang hadir dalam majlis itu.
Kakitangan awam yang hadir dalam majlis itu.

SEMPORNA – Sumbangan kakitangan awam baik di peringkat negeri mahupun Persekutuan amat penting dalam menjayakan agenda pembangunan kerajaan.

Menurut Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Ramlee Marhaban, tanpa sokongan kakitangan awam, tidak mungkin seseorang pemimpin kerajaan dan pemimpin parti yang memerintah mampu mentakbir dengan baik negara ini baik dalam aspek ekonomi mahupun sosial.

Katanya, setiap anggota awam mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing baik di peringkat rendah, menengah mahupun di peringkat atasan sehinggalah kepada jawatan pembuat dasar.

“Seperti saya sendiri sebagai wakil rakyat di sini, tidak mungkin tangan saya yang ada ini mampu melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat di Semporna jika tidak ada tangan-tangan para penjawat awam membantu.

“Sumbangan, sokongan dan komitmen yang diberikan oleh para penjawat awam dalam menjayakan setiap tugas yang diberikan bagi membangun serta memajukan negeri ini khasnya dan negara amnya,” katanya beliau semasa majlis berbuka puasa bersama kakitangan awam serta majlis pelancaran buku Alif Zubir di Dewan Terbuka Kampung Seraya, Semporna, di sini semalam.

Katanya, segala sumbangan jasa dan bakti kakitangan awam kepada negara mungkin tidak terbalas oleh pemerintah, namun suasana harmoni dan keamanan yang dicapai adalah satu ganjaran yang tidak ternilai harganya untuk dibayar.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya turut meminta semua kakitangan kerajaan supaya terus memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa aman bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas mereka dengan baik.

“Meskipun pada masa ini, pelbagai tuduhan, tomahan dan dakwaan dilemparkan kepada kepimpinan negara, namun berilah mereka peluang ketika pihak-pihak lain menjalankan siasatan.

“Apa yang paling penting sekarang ini ialah kita perlu memastikan negara kita ini kekal aman dan harmoni selain kedudukan ekonomi yang terus kukuh kerana tanpa semua ini akan timbul pelbagai kacau-bilau dan huru-hara,” ujar beliau. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan