Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beri kelonggaran bantuan buat ibu tunggal tidak tersenarai e-kasih

KENINGAU – Kerajaan diminta menyenaraikan kira-kira 1,000 ibu tunggal di kawasan ini sebagai penerima e-kasih untuk mendapatkan bantuan yang disediakan kepada golongan tersebut.

Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Pensiangan, Zaiton Anik, berkata, perkara ini perlu diambil perhatian bagi membolehkan ibu tunggal di kawasan ini mendapat bantuan untuk menampung keperluan keluarga terutama anak-anak mereka.

“Bilangan ibu tunggal di kawasan ini meningkatkan atas faktor kematian suami, perceraian dan selebihnya diabaikan. Mereka sukar mendapat kelulusan bantuan kerana tidak tersenarai dalam sistem e-kasih yang merupakan syarat utama apabila memohon mana- mana bantuan daripada kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Seminar Kepenggunaan dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dewan Datuk Ellron Angin Kampung Biah Tengah, di sini.

Seminar yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad itu turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ellron Angin.

Justeru itu, katanya, kerajaan perlu menimbang agar para ibu tunggal berkenaan diberi kelonggaran untuk mendapatkan bantuan tanpa melalui tapisan sistem e-kasih bagi membolehkan mereka menikmati bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan kepada golongan ini.

Jelasnya, ramai ibu tunggal di kawasan ini tidak menikmati bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan ini seperti azam niaga dan sebagainya kerana mereka tidak tersenarai dalam sistem e-kasih. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan