Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beri gambaran positif kepada masyarakat

Kamarlin diperhatikan oleh Sapawi (tengah) menyampaikan sumbangan penghawa dingin kepada Katim Narudin pengerusi Masjid Kampung Lago.
Kamarlin diperhatikan oleh Sapawi (tengah) menyampaikan sumbangan penghawa dingin kepada Katim Narudin pengerusi Masjid Kampung Lago.

LUMADAN – Setiap jawatankuasa masjid ataupun surau perlu bergerak aktif bagi memastikan masjid atau surau tersebut sentiasa padat dengan pengisiannya.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, keindahan sesebuah masjid dan surau tidak hanya pada strukturnya tetapi juga kepada pengisian rumah ibadah tersebut.

“Masjid dan surau yang sentiasa penuh memberi gambaran positif kepada masyarakat setempat,” katanya dalam Majlis Ziarah Ramadan di Masjid Bengkalalak dan Lago, di sini semalam.

Majlis anjuran UMNO Bahagian Sipitang tersebut turut dihadiri Pembantu Menteri Alam Sekitar dan Pelancongan negeri, Datuk Kamarlin Ombi; Pegawai Pembangunan Masyarakat Lumadan, Junli Yusuf; Ketua Penerangan UMNO Sipitang, Matbali Musah dan Pengerusi Biro Agamanya, Mohd Said Awang Damit.

Menurutnya, jawatankuasa yang proaktif akan dapat memikirkan idea ke arah mengindahkan lagi masjid dan surau.

Walau bagaimanapun, Sapawi mengingatkan agar masjid ataupun surau tidak dijadikan tempat untuk perkara yang tidak mendatangkan manfaat terutama yang mengundang perpecahan umat Islam.

Jelas Sapawi, beliau mahu masjid dan surau dijadikan tempat untuk kegiatan atau program pengisian ilmu, mengeratkan silaturrahim atau pun aktiviti yang bermanfaat untuk semua. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan