Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beri galakkan kepada anak menyertai kegiatan Kokurikulum

Omar Shahron Haji Osin.
BEAUFORT: Ibu-bapa perlu memainkan peranan dalam memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak untuk menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah kerana dapat membentuk sahsiah diri serta mewujudkan jati diri dalam diri mereka.
 
Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Omar Shahron Haji Osin berkata, kejayaan akademik tidak lengkap jika para pelajar gagal menyerlah dalam pelbagai aktiviti tersebut sama ada pasukan beruniform atau aktiviti sukan.


Tambahnya, peranan ibu-bapa penting untuk memastikan anak-anak mereka aktif menyertai pasukan beruniform dan aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
 
“Pembabitan dalam kokurikulm akan menjadikan mereka lebih cergas berfikir, berdisiplin dan sihat seterusnya membantu dalam mencapai kejayaan akademik,” katanya.
 
Beliau berkata  demikian ketika berucap merasmikan sukan tahunan Sk St Paul kali le 40 di Kompleks sukan Beaufort, baru-baru ini.
 
Omar  yang juga Ahli Lembaga Pengarah KPD berkata, terdapat segelintir ibu-bapa yang melarang anak menyertai aktiviti tertentu di sekolah kerana bimbang akan menjejaskan pelajaran anak-anak mereka.
 
Menurut beliau, tanggapan sedemikian perlu dikikis memandangkan salah satu syarat untuk ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) memerlukan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum di sekolahnya.
 
“Pelajar yang gagal menyertai aktiviti tersebut akan menyebabkan peluang melanjutkan pelajar ke universiti sukar kerana tidak terlibat dalam kokurikulum walaupun cemerlang dalam pelajaran,” ujarnya./SayangSabah
Antara kontenjen yang mengambil bahagian dalam acara perbarisan.

Komen


Berita Berkaitan