Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Beri empat kawasan DUN baharu kepada Upko- Siringan

4:32pm 11/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 197 views Politik,Tempatan
SIRINGAN memukul gong merasmikan Konvensyen Upko 2016, dekat sini, hari ini

SIRINGAN memukul gong merasmikan Konvensyen Upko 2016, dekat sini, hari ini

PENAMPANG- Upko meminta pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) agar mempertimbangkan memberikan empat buah kawasan DUN baharu kepada parti itu pada pilihan raya akan datang.

Pemangku Timbalan Presiden Upko Datuk Siringan Gubat berkata, kawasan yang dimaksudkan itu adalah Bengkoka, Manggaris, Dambai dan Telupid.

“Dalam kawasan-kawasan ini, Upko mempunyai bilangan ahli dan pengundi yang kita anggap sebagai satu bilangan yang memungkinkan Upko untuk memohon supaya kawasan itu diberikan kepada parti ini, walaupun kita tahu keputusan secara rasmi masih belum diketahui.

“Semua itu adalah kawasan baharu dan Upko mempunyai bilangan ahli yang ramai disetiap kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen bersama Wanita, Pemuda dan Komulakan Upko di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, kawasan DUN yang baharu itu penting bagi meningkatkan jumlah ahli parti sekaligus jumlah pengundi bagi bertanding dalam Pilihanraya yang ke-14 akan datang.

” Sebagai contohnya, Telupid mempunyai sejumlah lebih kurang 7,000 pengundi dan ahli Upko yang berdaftar sudah menjangkau jumlah 3,300 orang.

” Upko hanya memerlukan 700 ahli untuk menjadikan jumlah ahli Upko di Telupid seramai 4,000 orang,” katanya.

Selain itu, Siringan turut menyeru kepada para pemimpin tertinggi Upko termasuklah ketiga- tiga parti sayap iaitu Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Komulakan agar sentiasa bersatupadu demi memastikan kesejahteraan parti tersebut.

” Upko adalah satu-satunya parti yang pernah tersungkur menyembah bumi semasa pemerintahan parti perikatan Sabah pada tahun 60-an apabila diketepikan dalam pembentukan Kerajaan selepas pilihanraya Negeri Sabah pada tahun 1967.

” Ini disebabkan kegagalan mencapai persetujuan tentang pembahagian kerusi yang ditandingi antara Upko dan Usno dimana masing- masing mahukan kerusi yang lebih banyak.

” Kegagalan mencapai kata sepakat itu telah menyebabkan kedua- dua parti terpaksa bertanding sesama sendiri walaupun kedua-duanya adalah anggota dalam parti perikatan Sabah pada ketika itu,” katanya.-Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan