Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beri elaun sama rata dengan guru dan penjawat awam Sabah di semenanjung

Jainab sedang menyampaikan ucapannya
Jainab sedang menyampaikan ucapannya- foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU- Wanita UMNO Cawangan Sepanggar mencadangkan agar guru dan penjawat awam berasal dari Sabah yang berkerja di Semenanjung menerima elaun sama rata seperti para guru dan penjawat dari Semenanjung yang berkerja di negeri ini.

Menteri pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, ramai guru dan kakitangan awam yang pergi ke Semenanjung untuk merasai pengalaman namun tidak menerima elaun seperti yang sepatutnya.

“Saya berharap agar golongan pendidik dan penjawat awam ini diberi keadilan dengan memberi elaun yang sama rata,” katanya ketika berucap dalam mesyuarat agung tahunan bersama Wanita UMNO Cawangan Sepanggar di Dewan ILP, di sini semalam.

Selain itu, beliau berkata usaha perlu dilakukan bagi menambah jumlah kedai rakyat Borneo Mart iaitu kedai menjual barangan yang dikecualikan cukai di negeri ini.

Katanya, Borneo Mart menjual lebih 500 barangan dan kewujudan kedai ini pasti dapat membantu meringankan beban rakyat.

“Dengan adanya Borneo Mart kita dapat membantu mengawal harga kerana sekarang ini ramai peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan sesuka hati,” katanya.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan