Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Berhutang angkara sindiket penjualan MyKad Palsu

5:31pm 10/06/2016 Leolerry Lajius 927 views Jenayah

 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mendapati laporan kredit dari Bank Negara menunjukkan beliau mempunyai hutang pinjaman kereta bernilai RM30,000.00 dan turut mempunyai kad kredit tampil membuat laporan polis kerana pengadu tidak membuat sebarang pinjaman seumpama itu.

Susulan daripada laporan tersebut, pihak polis menahan seorang lelaki warga Indonesia berumur 41 tahun kerana menggunakan MyKad palsu yang mempunyai butiran peribadi warganegara untuk membuat pinjaman kereta dan permohonan kad kredit.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan mendapati suspek telah membeli MyKad berkenaan yang menggunakan maklumat peribadi pengadu melalui sindiket penjualan MyKad Palsu yang dibeli dengan harga RM1,000.

“Suspek telah menggunakan MyKad tersebut sejak tahun 2011 dan turut menggunakannya untuk mendapatkan pekerjaan sebagai penyelia di sebuah ladang di Beluran selain pinjaman kewangan.”

“Berdasarkan keterangan daripada pemilik sebenar kad pengenalan ini, beliau tidak pernah membuat sebarang pinjaman seumpama ini dan pihak polis akan membuat siasatan lanjut  termasuk sindiket penjualan MyKad terbabit,”katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Suspek telah ditahan pada 4 Jun lepas dan pihak polis turut merampas sebuah kereta Perodua Kembara.

Chandra turut menyeru agar pihak bank dan institusi kewangan menyemak secara terperinci sebelum meluluskan atau memproses pinjaman jika didapati butiran peribadi individu terbabit meragukan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan