Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Berhati-hati semasa membuat urusniaga secara ‘online’ – Polis

onlineKOTA KINABALU – Polis menasihati orang ramai agar berhati-hati semasa membuat sebarang urusan jual beli suatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh individu yang tidak dikenali sama ada menerusi panggilan telefon atau di internet.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, sebagai langkah pencegahan orang ramai perlu membuat semakan terlebih dahulu daripada pihak berkaitan sebelum membuat sebarang urusniaga.

“Sebaiknya segala urusniaga dibuat secara bersemuka di antara kedua-dua pihak bagi memudahkan proses pengecaman sekiranya berlaku sebarang unsur penipuan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, kebanyakan kes yang dilaporkan mendapati mangsa penipuan tersebut gagal membuat pengecaman kerana tidak pernah berjumpa dengan individu yang menyamar sebagai peniaga, malah urusan pembayaran juga dibuat dengan memasukkan wang tunai ke dalam akaun bank suspek terbabit.

Beliau juga berkata, syarikat pengiklanan khususnya surat khabar juga perlu memastikan maklumat seperti identiti, nombor telefon dan alamat kediaman setiap individu atau pelanggan mereka sama seperti yang diiklankan.

“Setiap urusniaga perlu dirujuk atau minta nasihat daripada pihak tertentu khususnya daripada pihak polis kerana individu yang menyamar sebagai peniaga sentiasa mendesak mangsa mereka untuk membuat bayaran terlebih dahulu,” katanya lagi.

– Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan