Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bergurau tak kena tempat

12:15am 13/08/2016 Pak Roshan 8399 views Jenayah,Mutakhir
BEG milik lelaki terbabit diperiksa pasukan polis. FOTO ihsan pembaca

BEG milik lelaki terbabit diperiksa pasukan polis. FOTO ihsan pembaca

Kota Kinabalu: Akibat bergurau kononnya beg dibawa mengandungi bom, penumpang lelaki ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, pagi tadi.

Penumpang berusia 32 itu ditahan kira-kira 9 pagi ketika mendaftar di kaunter KKIA untuk penerbangan ke Semenanjung yang dijangka berlepas 10.45 pagi.

Difahamkan, ketika kejadian kakitangan KKIA yang bertugas di kaunter bertanyakan mengenai satu kandungan dalam beg lelaki terbabit.

Bagaimanapun dia memberitahu beg berkenaan mengandungi bom dengan niat bergurau.

Kakitangan KKIA kemudian membuat laporan polis di Balai Polis KKIA sebelum lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Mohd Azhar Hamin ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu.

“Polis menerima laporan mengenai kejadian itu dan lelaki terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan