Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,687

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bergu wanita Sabah juara Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis 2016

7:43am 02/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 55 views Tempatan
TAHNIAH...Mokhtar mengucapkan tahniah sambil mengalung pingat kepada pasukan bergu wanita

TAHNIAH…Mokhtar mengucapkan tahniah sambil mengalung pingat kepada pasukan bergu wanita

KOTA KINABALU – Pasukan bergu wanita Sabah berjaya merangkul juara dalam Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis Negara 2016 sekaligus menewaskan pasukan bergu Sarawak.

Kejohanan anjuran Kontinjen Perak itu diadakan selama lima hari bermula 27 Januari lalu.

Kejohanan tersebut melibatkan 400 peserta daripada 19 kontinjen dan mempertandingkan acara berpasukan lelaki dan terbuka wanita.

Majlis penutupannya dirasmikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff di Dewan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Tanjung Rambutan Ulu Kinta, Perak.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan