Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bergilir jaga anak

STACY enggan ambil risiko serah si kecil kepada pengasuh, pusat asuhan.

 

Selepas berehat panjang kerana melahirkan cahaya mata sulung, penyanyi Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikah Stacy Anam mengakui rindu untuk kembali aktif dalam gelanggang seni.

Biarpun terpaksa mengorbankan masa dengan cahaya mata perempuan, Eshaal, yang kini berusia empat bulan, bagi ibu berusia 26 tahun ini tanggungjawab sebagai penyanyi tetap perlu diteruskan.

Bagaimanapun, Stacy mengakui dirinya kini lebih selektif berikutan kekangan masa dan statusnya sebagai isteri serta ibu.

“Saya kena memilih. Keadaan sekarang tidak mengizinkan saya bebas menerima apa sahaja tawaran kerja seperti dahulu.

“Lagipun, Eshaal masih kecil dan perlukan perhatian. Bagaimanapun, saya bersyukur dikurniakan suami yang memahami minat saya dalam bidang ini. Jadi kami saling bertolak ansur dan bergilir-gilir menjaga anak,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Riuh Raya 2017 anjuran IJM Land baru-baru ini. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan