Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bergasak depan 20 pelajar

AKSI dua pelajar bergaduh menjadi viral di laman sosial.
AKSI dua pelajar bergaduh menjadi viral di laman sosial.

Sandakan: Isu rakaman pergaduhan membabitkan pelajar sekolah seolah-olah tiada penamat apabila terbaru, gelagat dua pelajar lelaki yang masih berpakaian seragam bertumbuk di depan lebih 20 pelajar lain menjadi viral selepas video berkenaan tersebar di laman sosial.

Dalam rakaman berdurasi dua minit 13 saat itu memperlihatkan dua pelajar saling cabar mencabar sebelum diakhiri dengan pergaduhan.

Aksi tumbuk-menumbuk itu turut disaksikan pelajar lain dan mereka dilihat langsung tidak membantu meleraikan pergaduhan itu, sebaliknya bersorak apabila kedua-dua mereka mula berbalas serangan.

Malah, rakaman suara turut memperdengarkan ada rakan dalam kalangan kumpulan itu mengapi-apikan kedua-dua pelajar terbabit segera bertumbuk selain mengeluh kerana mereka lambat memulakan pergaduhan.

Selain itu, ada rakaman suara melarang pelajar lain masuk campur dalam pergaduhan itu.- myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan