Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Berdoalah. Allah Maha Mendengar (Bahagian 1)

Gambar Hiasan

 

Awak, pernah tak rasa macam dah penat doa? Hari-hari kita doa tapi Allah tak makbul pun. Orang cakap setiap apa yang kita doa Allah akan makbulkan. Saya tiap-tiap hari doa tapi sampai sekarang ada je benda tak makbul,”

“Bukan ‘tak makbul’. Tapi mungkin ‘belum makbul’. Bersangka baik dengan Allah.”

Sabda Rasulullah S.A.W : Daripada Abu Hurairah R.A : “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan diperkenankan dan sesungguhnya Allah tidak memperkenankan doa daripada hati yang lalai & berpaling.” (Hadith riwayat At-Tirmidzi)

Dan sabda Rasulullah S.A.W lagi, “Doa seseorang itu sentiasa diperkenankan selagi dia tidak terlibat dengan dosa, atau pun dia tidak memutuskan silaturrahim, dan juga selagi dia tidak gopoh.

Rasullullah ditanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan gopoh?”

Baginda menjawab, “Dengan berkata, ‘Aku berdoa, tetapi tidak mendapat apa-apa hasil’ lalu dia pun menjadi putus asa dan berhenti berdoa.” (Hadith riwayat Muslim)

“Berdoalah kalian kepadaKu maka Aku akan perkenankan doa kalian, sesungguhnya orang-orang yang sombong daripada menyembahKu mereka akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina.” (Surah Ghafir: 60)

Sebagai seorang yang beragama Islam, kita teramat beruntung. Doa itu merupakan satu senjata yang amat hebat.

Berdoa bermaksud kita menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Bermaksud kita sejujurnya berserah dan bergantung harap hanya pada Allah.

Setiap doa yang dipanjatkan oleh setiap hamba akan dimakbulkan selari dengan usaha dan kesabaran.

Berdoalah. Doa itu suara harapan seorang hamba kepada Tuhannya.

“Hanya kepada Engkau yang kami abadikan diri, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.” (Surah Al-Fatihah: 5)

“Doa itu satu ibadah,” (Hadith riwayat At-Tirmidzi & Ahmad)

Tidak semestinya apabila kita memanjatkan doa pada hari ini, maka doa itu akan dimakbulkan hari ini juga.

Kadangkala doa itu mengambil masa yang panjang untuk dimakbulkan. Dalam tempoh sebelum termakbulnya doa itu mungkin terselit seribu satu rezeki dan hikmah lain yang mungkin kita terlepas pandang.

Bersangka baik dengan Allah. Jangan kita berhenti berdoa dan berputus asa. Kerana kemanisan termakbulnya doa itu terkandung dalam kesabaran.

“Tidak ada seorang hamba pun yang berdoa kepada Allah dengan sesuatu doa kecuali dimakbulkanNya, dan dia memperoleh salah satu daripada tiga perkara – dipercepat makbulnya di dunia, dimakbulkan di akhirat nanti, atau diganti dengan dilindungi daripada musibah,” (Hadith riwayat At-Thabrani)

Semakin banyak kita berdoa, semakin dekat kita dengan Allah SWT. Apabila kita sudah semakin dekat dengan Dia, maka semakin banyak doa yang akan cepat dimakbulkan.

Rasulullah SWT bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT Maha Pemalu dan Maha Pemurah. Allah SWT malu apabila ada hamba-hambaNya yang menadah tangan (memohon kepadaNya) lalu dibiarkan kosong dan kecewa,” (Hadith riwayat Al-Hakim)

Pernah tak dengar salah satu kisah mengenai betapa hebatnya doa?

******

Diceritakan, ada seorang Dr bernama Dr Saeed. Satu ketika, beliau dalam perjalanan untuk menghadiri satu sidang di sebuah bandar yang jauh dari tempat beliau berkhidmat.

Beliau akan diberikan penganugerahan untuk kajian perubatan yang telah dilakukannya. Dr Saeed tersangat tidak sabar untuk menghadiri sidang tersebut.

Sudah bertahun lamanya beliau menantikan saat itu. Segala kerja kerasnya bakal terbayar.

Namun, sejam sebelum tiba ke destinasi, juruterbang membuat pengumuman bahawa pesawat yang dinaiki Dr tersebut mempunyai masalah dan mereka terpaksa membuat pendaratan cemas di lapangan terbang yang terdekat.

Dr Saeed semakin gelisah – bimbang sekiranya beliau tidak sempat untuk menghadiri sidang yang telah dijadualkan.

Maka beliau berlari ke kaunter informasi di lapangan terbang tersebut setelah mendarat dan memberitahu pegawai di situ bahawa beliau perlu tiba ke destinasi pada waktu yang sepatutnya.

Mereka memaklumkan bahawa penerbangan seterusnya ke bandar tersebut hanya akan berlepas selepas 16 jam.

Mereka mencadangkan Dr Saeed untuk  menyewa sebuah kereta dan memandu ke bandar itu memandangkan jaraknya hanya tiga jam perjalanan dari lapangan terbang tersebut.

Dr Saeed tidak mempunyai pilihan lain melainkan mengikut saranan pegawai itu.

(Sumber: iluvislam.com oleh Nurul Azzianie binti Ahmad Zamri)

Komen


Berita Berkaitan