Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Berdebar macam saya pula yang sedang beraksi – Anggun

Anggun terimbau kenangan 20 tahun sebagai PW2 Tentera Darat.

Kota Belud : Menyaksikan Demostrasi Kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuatkan mantan Pegawai Waran 2 (PW2/B) Anggun Sugad, 77, terimbau kenangan 20 perkhidmatannya di Dua Renjer, Enam Renjer dan 507 dalam Tentera Darat.

“Semangat berjuang masih membara, teruja dan gembira kapabila melihat pameran serta demonstrasi yang diadakan ini.

“Antara aksi yang paling diingati adalah semasa melihat aksi anggota turun dari panyung terjun, rasa berdebar-debar macam saya sendiri pula yang sedang beraksi,” kongsinya sambil ketawa.

Kenyataanya disokong anaknya, Lucilla Anggun, 48, guru di SK Tempasuk II yang kebetulan membawa para pelajarnya sambil disertai lebih 20 ahli keluarga berkunjung ke lokasi demonstrasi berkenaan.

“Bapa saya adalah anggota yang pertama menyertai Dua Ranjer atau Sabah Ranjer iaitu pasukan tentera pertama di Sabah.

“Sepanjang berkhidmat sebagai anggota tentera, bapa pernah terlibat di barisan hadapan dalam Operasi Indonesia yang menghalang pembentukan Malaysia, bertugas semasa percubaan pihak Filipina semasa ada cubaan mengambil alih Sabah dan juga memerangi komunis di sempadan Thailand di semenanjung dan di Sarawak.

“Selain itu, saya juga datang bersama para pelajar yang begitu teruja melihat demostrasi sejak majlis raptai lagi. Malah, ada pelajar saya yang ingin menjadi anggota tentera udara,” ujarnya dengan bangga.

Lucilla turut membawa pelajar, selain membawa ahli keluarganya.

Berbeza dengan isteri salah seorang anggota tentera darat, Veronica Daruan, 35, yang juga ibu kepada empat anak menyatakan dia sangat teruja bertemu Menteri Pertahanan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Selain melihat pameran dan demotrasi, berjumpa dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meninggalkan kenangan manis kepada saya.

“Syukur, saya sempat berswafoto dengan beliau dan dia juga memberi kata semangat kepada kami dariapda golongan isteri dan anak-anak anggota tentera,” katanya./Penerangan-

Veronica Daruan (kanan) bersama anak-anaknya.

Komen


Berita Berkaitan