Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Berbuka puasa bersama untuk eratkan perpaduan

 Datuk Radin Malleh menyampaikan sumbangan kepada warga emas semasa menghadiri majlis berbuka puasa tersebut
Datuk Radin Malleh menyampaikan sumbangan kepada warga emas semasa menghadiri majlis berbuka puasa tersebut

TENOM-  Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Adun Melalap, Datuk Radin Malleh menghadiri majlis berbuka puasa anjuran KRT Daerah Tenom dan KRT Kampung Jawa Uloi Tenom pada Sabtu lalu bertempat di balai raya kampung Jawa Ulloi Tenom.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah, Delin Lait Blaun, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Melalap, Simon Mamat, Pegawai JPNIN Zon Pedalaman Atas, John Aping, Pegawai JPNIN Tenom, Azrin Maraim, Pengerusi KRT Kg. Jawa Ulloi, KAN Fatimah Ibrahim, Datin Angeline Tom, para pemimpin masyarakat dan penduduk  Kampung  Jawa Ulloi Tenom.

Radin berkata majlis berbuka puasa itu menjadi medan untuk mengeratkan hubungan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam di negeri ini khususnya di daerah Tenom. Radin juga menyampaikan sumbangan kepada warga emas pada  majlis itu.- SayangSabah

Radin berbuka puasa bersama dengan tetamu yang hadir
Datuk Radin Malleh berbuka puasa bersama tetamu yang hadir
Datuk Radin Malleh serta dif-dif jemputan bergambar dengan para penduduk Kampung Jawa Ulloi selepas menghadiri majlis berbuka puasa
Datuk Radin Malleh serta dif-dif jemputan bergambar bersama penduduk Kampung Jawa Ulloi 

Komen


Berita Berkaitan