Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Berbuka kukuh perpaduan

 Charles (dua dari kiri) menikmati jamuan berbuka puasa di kediaman Haji Azmir.
Charles (dua dari kiri) menikmati jamuan berbuka puasa di kediaman Haji Azmir.

SANDAKAN: Majlis berbuka puasa merupakan platform terbaik ke arah mengukuhkan perpaduan dan silaturahim dikalangan masayrakat setempat.

Justeru, Wakil Rakyat Karamunting, Charles O Pang, mengajak umat Islam untuk memperhebat penganjuran aktiviti itu bukan sahaja dikalangan mereka yang berpuasa, namun turut dihadiri rakan-rakan yang berbeza agama.

“Inilah satu keunikan di negara kita apabila masyarakat berbilang bangsa dan agama saling menghormati antara satu sama lain. Sebagai contoh, majlis berbuka puasa petang ini yang turut turut dihadiri rakan-rakan dari bangsa lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa di kediaman Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Bokara, Haji Azmir Aliong di Bokara, di Sandakan. Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Alex Loh dan Pengerusi Masjid Nurussholihin Kg Bokara, Haji Mohammad Rizkie Aliong serta pemimpin masyarakat setempat.

Charles turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa JKKK Kg Bokara kerana mengambil inisiatif murni dengan mengadakan majlis yang bukan sahaja membantu mengukuhkan perpaduan, namun secara tidak langsung mendekatkan penduduk kepada pemimpin.- AA/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan