Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beraya di lapangan terbang

SEKUMPULAN penumpang yang terkandas di lapangan terbang Surabaya apabila penerbangan mereka dibatalkan.
SEKUMPULAN penumpang yang terkandas di lapangan terbang Surabaya apabila penerbangan mereka dibatalkan.

Surabaya: Beribu-ribu penumpang terpaksa menyambut Aidilfitri di lapangan terbang kelmarin selepas awan debu daripada letusan gunung berapi Raung menyebabkan enam lapangan terbang terpaksa ditutup.

Lapangan terbang antarabangsa Surabaya dan empat lagi lapangan terbang kecil terpaksa ditutup pada malam sebelum sambutan Aidilfitri akibat letusan gunung berapi di pulau Jawa berkenaan.

Lapangan terbang di pulau Ternate juga ditutup akibat debu tebal daripada letusan gunung berapi Gamalama.

Penumpang yang teruja untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri, hampa selepas penerbangan mereka terpaksa dibatalkan.

Ramai di antara mereka terpaksa bermalam di lapangan terbang dan tidur di lantai untuk menunggu penerbangan mereka dijadual semula.

Kementerian pengangkutan berkata, lapangan terbang Surabaya dan sebuah lagi lapangan terbang kecil di Jawa Timur dibuka semula kelmarin. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan