Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Berang rumah Palestin diroboh

9:47am 03/12/2015 Pak Roshan 4 views Global
PENDUDUK memeriksa keadaan rumah Ibrahim selepas dimusnahkan.

PENDUDUK memeriksa keadaan rumah Ibrahim selepas dimusnahkan.

Baitulmaqdis: Pertempuran tercetus di Baitulmaqdis, semalam, apabila Israel memusnahkan rumah seorang lelaki Palestin yang didakwa menggunakan kenderaannya untuk merempuh sekumpulan orang Yahudi, tahun lalu.

Kediaman itu milik Ibrahim al-Akari yang dituduh melancarkan serangan menggunakan vannya pada 5 November tahun lalu, menyebabkan dua orang terbunuh, termasuk seorang anggota polis sempadan, kata jurucakap polis Luba Samri.

Ibrahim, 38, memandu van ke arah sekumpulan polis sebelum merempuh orang ramai di hentian tram di Baitulmaqdis.

Dia kemudian keluar dari kenderaan itu dan didakwa menyerang orang ramai menggunakan batang besi sebelum ditembak mati.

Ratusan tentera dan polis Israel dikerahkan ke kem pelarian Shuafat di timur Baitulmaqdis sebelum rumah itu dimusnahkan.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan beberapa orang cedera, namun tidak menyatakan butiran lanjut.

Tindakan memusnahkan kediaman seperti itu dikecam kumpulan hak asasi manusia dan sering mencetuskan pertempuran antara penduduk dengan polis dan tentera Israel.

Israel semakin banyak memusnahkan kediaman penduduk Palestin, kononnya untuk mengekang serangan menggunakan pisau, pistol dan kereta yang bermula Oktober lalu.

Ia mendakwa tindakan seumpama itu bertujuan menakutkan mereka yang merancang serangan, namun kumpulan hak asasi dan penduduk Palestin menganggap ia cara menghukum keluarga suspek yang tidak terbabit dengan serangan. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan