Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Berang dicabar, biras ditetak sampai mati

ANTARA senjata yang digunakan dalam kejadian seorang lelaki menetak birasnya hingga mati dengan parang di Kampung Sungai Lokan, Beluran. – Foto ihsan polis
LOKASI kejadian seorang lelaki menetak birasnya hingga mati dengan parang di Kampung Sungai Lokan, Beluran. – Foto ihsan polis

 

BELURAN: Berang dicabar dan diajak bergaduh berulang kali, seorang lelaki menetak birasnya hingga mati dengan parang di Kampung Sungai Lokan, dekat sini, semalam.

Mangsa, Rizal Daming, 40, ditemui oleh adiknya di kampung berkenaan jam 6.30 petang dalam keadaan terbaring dan kedua-dua tangan, muka dan kepala berlumuran darah akibat ditetak.

Susulan kejadian itu, laporan polis dibuat oleh adik mangsa.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Shivananthan, berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa dikatakan mencabar dan mengajak suspek yang juga birasnya bergaduh.

“Suspek mulanya enggan dan mengelak untuk bergaduh, namun mangsa terus mencabar. Suspek kemudian menuju ke rumah rakannya lalu mengambil sebilah parang panjang.

“Suspek kemudian menghampiri mangsa dan tiba-tiba terjatuh lalu mangsa mengeluarkan sebilah pisau yang diselit di pinggangnya dan terus menikam leher suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian beredar, manakala suspek yang cedera di leher bangun dan mengejar dengan parang.

“Ketika berada di kawasan ladang kelapa sawit, suspek kemudian menetak mangsa berkali-kali dengan parang di kedua-dua tangan, muka dan kepala mangsa sebelum pulang ke rumah dan melarikan diri dengan isterinya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang parah kemudian dibawa ke Hospital Beluran oleh adiknya dan disahkan meninggal dunia.

“Suspek yang melarikan diri selepas kejadian ditahan jam 9 pagi tadi. Polis turut merampas sebilah parang disyaki digunakan oleh suspek yang disembunyikan di dapur rumahnya,” katanya.

Tambah beliau, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BH ONLINE

ANTARA senjata yang digunakan dalam kejadian seorang lelaki menetak birasnya hingga mati dengan parang di Kampung Sungai Lokan, Beluran. – Foto ihsan polis

Komen


Berita Berkaitan