Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Beramal sambil merapatkan hubungan silaturahim antara keluarga

9:03pm 22/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 14 views Tempatan

Jainab merasmikan "My Bowl", Escapee Room dan Trick- Eye Museum

Jainab (Hujung Kanan) merasmikan Karnival "Everyday Christmas" di 1 Borneo

Jainab (Hujung Kanan) merasmikan Karnival “Everyday Christmas” di 1 Borneo- Foto oleh Alex Mairin/ Sayangsabah

KOTA KINABALU- Sempena Hari Natal yang bakal menjelang, pusat beli belah hiper 1 Borneo, di sini telah menganjurkan satu karnival yang bertemakan “Everyday Christmas” yang sedang berlansung bermula dari 21 November, tahun ini sehingga 3 Januari, tahun depan.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, penganjuran karnival ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Hasil daripada jualan tiket daripada karnival ini akan disumbangkan kepada pusat pendidikan di Persatuan Khidmat Masyarakat Jireh bagi membantu anak-anak yatim yang memerlukan”, kata Jainab.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pelancaran Karnival “Everyday Christmas”, di sini, petang tadi.

Disamping itu, aktiviti yang disediakan sempena karnival tersebut adalah bersifat kekeluargaan dan pihak 1 Borneo juga telah menyediakan permainan yang berkonsepkan “Back to old days” dimana tiada alat permainan elektronik disediakan.

“Masyarakat sekarang ini terlalu leka dengan alat elektronik seperti telefon bimbit. Justeru itu, konsep yang digunakan sangat sesuai untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga”, kata beliau.

Disamping itu, Jainab juga telah merasmikan “My Bowl” yang mana merupakan pusat boling yang terbesar di Sabah, Escapee Room dan Trick-eye Museum.Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah.

Jainab merasmikan "My Bowl", Escapee Room dan Trick- Eye Museum

Jainab (Tengah) turut merasmikan “My Bowl”, Escapee Room dan Trick- Eye Museum- Foto oleh Alex Mairin/ Sayangsabah 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan