Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Benjy Dan Rakan Didakwa Edar Dadah

Pelakon lelaki ditahan dalam sekatan jalan raya di Pagoh, Muar, Johor.
Pelakon lelaki ditahan dalam sekatan jalan raya di Pagoh, Muar, Johor.

MUAR – Seorang pelakon dan rakannya hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis “methamphetamine” pada 27 Mac lepas.

Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, atau lebih dikenali sebagai Benjy bersama rakannya Raja Shariff Hidayatullah Raja Sharifudin, 27, mengangguk faham ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh itu.

Mengikut pertuduhan, pada tarikh berkenaan, kedua-dua mereka dengan niat bersama telah mengedar dadah berbahaya disyaki methamphetamine seberat 1.32 kilogram.

Kedua-dua tertuduh ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak, Jalan Pagoh-Muar kira-kira pukul 1.40 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Mohd Syafiq kemudiannya menetapkan 28 Mei ini bagi sebutan semula kes berkenaan untuk mendapatkan laporan kimia.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain manakala kedua-dua tertuduh diwakili Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan