Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Bengkel mati’

8:57am 18/12/2015 Pak Roshan 587 views Global
Seorang peserta bengkel baring di dalam keranda sebelum ia ditutup.

Seorang peserta bengkel baring di dalam keranda sebelum ia ditutup.

Seoul: Beberapa syarikat di Korea Selatan mengarahkan kakitangan mereka menjalani kematian olok-olok dengan mengurung diri masing-masing dalam keranda sebagai usaha menangani fenomena bunuh diri yang melanda negara itu.

Program itu diadakan menerusi bengkel yang dianjurkan sendiri oleh syarikat berkenaan.

Kakitangan diminta menandatangani surat wasiat olok-olok dan nota ucapan terakhir kepada anggota keluarga masing-masing. Mereka kemudian baring di dalam keranda yang akan ditutup selama 10 minit.

Ketua sebuah syarikat, Jeung Yong-mun berkata, bengkel itu direka bagi membantu pekerja memahami masalah peribadi dan menyedari ia sebahagian daripada kehidupan yang perlu diselesaikan bukan dengan cara membunuh diri.

Presiden sebuah syarikat sumber manusia, Park Chun-Woong pula berkata, dia memilih beberapa kakitangannya menyertai ‘bengkel mati’ itu untuk membolehkan mereka menghargai kehidupan dan memiliki sikap baru dalam menghadapi masalah.

“Syarikat saya sentiasa menggalakkan kakitangan mengubah cara berfikir. Saya percaya dengan masuk ke dalam keranda akan memberi pengalaman mengejutkan kepada mereka dan mengubah minda mereka,” kata Park.

Jurugambar Perancis Francoise Hugier yang menyaksikan satu program itu di Seoul berkata, sebaik keranda dibuka semula, reaksi peserta berbeza.

“Ada dalam kalangan mereka tertidur. Ada yang menangis. Ada yang berselfie,” katanya.

Perbuatan membunuh diri adalah punca utama kematian dalam kalangan golongan muda berusia sembilan hingga 24 tahun di Korea Selatan.

Menurut laporan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), kadar bunuh diri Korea Selatan adalah antara yang tertinggi di dunia dengan purata 29.1 bagi setiap 100,000 penduduk.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan