Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bendung masalah sosial

pic-55

KOTA KINABALU: Aktiviti yang berorientasikan kekeluargaan mampu membendung masalah sosial dari terus berleluasa di kalangan masyarakat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, kementerian menerusi jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa berusaha untuk merancang dan menganjurkan program yang menjurus kepada penerapan nilai kasih sayang.

Menurutnya, zaman sekarang ramai dari kalangan masyarakat mula melupakan unsur kasih sayang terutamanya peranan yang perlu dijalankan terhadap ibu bapa.

“Masyarakat terutamanya generasi muda perlu didedahkan dengan program yang melibatkan unsur kekeluargaan yang mana secara tidak langsung, ia akan mengingatkan mereka mengenai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kepada ibu bapa serta keluarga masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan Progam Bual Bicara Sempena Hari Ibu di sini kelmarin.

Program berkenaan anjuran bersama Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Hal Ehwal Wanita (Jhewa), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), RTM, Sr Event, dan Klinik Putramedic.

Jainab berkata, pelaksanaan program santai seumpama itu dengan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi adalah satu usaha murni yang perlu diteruskan.

“Dengan penyertaan golongan wanita dan ibu dari pelbagai kawasan, kita berharap mesej yang diperolehi daripada program ini dapat disampaikan kepada masyarakat di kawasan masing-masing. Usaha ini bagi memastikan masyarakat khususnya para anak dapat mengambil iktibar dan menjalankan peranan yang baik terhadap ibu bapa,” jelasnya.

Katanya, program berkenaan juga menggunakan sepenuhnya pendekatan Strategi Lautan Biru yang menjadi dasar kerajaan.

Jainab berkata, pendekatan berkenaan bukan sahaja dapat menjimatkan wang dan tenaga, malah mampu mengeratkan hubungan antara agensi negeri dan persekutuan serta antara kerajaan dan sektor swasta.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Anita Baranting; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Siti Sapoo Ahok; dan Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Armani Mahiruddin.

Komen


Berita Berkaitan