Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bendung denggi, bersihkan kawasan

7:40pm 28/12/2015 Ann Vivien 35 views Isu Semasa,Tempatan
Radin, Madiyem dan wakil-wakil agensi kerajaan serta para pemimpin masyarakat menyertai gotong royong membersihkan pekan kelmarin

Radin, Madiyem dan wakil-wakil agensi kerajaan serta para pemimpin masyarakat menyertai gotong royong membersihkan pekan kelmarin

TENOM : Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh menggesa para penduduk khususnya para pemilik premis-premis perniagaan di pekan ini agar sentiasa membersihkan kawasan mereka bagi membendung penularan kes demam denggi yang dilaporkan berlaku di daerah ini pada masa ini.

Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Melalap berkata, pihak berwajib juga giat menjalankan kerja-kerja menyembur asap bagi menghapuskan nyamuk dan jentik-jentik Aedes untuk memerangi wabak demam denggi itu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyertai gotong royong membersihkan persekitaran pekan Tenom untuk menangani wabak demam denggi anjuran Jabatan Kesihatan Tenom dan Majlis Daerah Tenom pada Isnin.

“Saya difahamkan goyong-royong ini dilaksanakan mengikut keputusan mesyuarat Jawatankuasa Demam Denggi Tenom pada 22 Disember yang lepas berikutan adanya laporan 11 kes demam denggi di daerah Tenom pada masa ini” katanya.

Katanya,  gotong royong membersihkan kawasan pekan Tenom yang dikelolakan bersama oleh Jabatan Kesihatan Tenom, Majlis Daerah Tenom, Jabatan Bomba dan Penyelamat Tenom bertujuan untuk membersihkan parit-parit dan sampah sarap yang menjadi sarang nyamuk aedes itu.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan