Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,760

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Benarkan Organisasi Asing Biayai Aktiviti Politik Tidak Boleh Diterima

1:09pm 26/11/2016 Pak Roshan 20 views Mutakhir,Politik
Datuk Seri Salleh Said Keruak

Datuk Seri Salleh Said Keruak

BANDAR SERI BEGAWAN – Membenarkan organisasi asing membiayai aktiviti “politik” pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima langsung, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini sama seperti memberikan kebebasan kepada negara-negara asing untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka di Malaysia yang merupakan sebuah negara berdaulat.

Membenarkan perbuatan seumpama itu malah adalah lebih jahat dan bahaya apabila ia melibatkan dana daripada hartawan George Soros yang agendanya adalah untuk campur tangan dalam hal ehwal politik negara, katanya.

 “Kita tidak mahu organisasi asing mempergunakan NGO tempatan sebagai platform untuk menjayakan agenda politik mereka, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi menerusi perhimpunan atau demonstrasi,” katanya.

Salleh berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui pada akhir Mesyuarat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN (TELMIN) ke-16 di sini, hari ini.

Beliau berkata dengan penyertaan atau penglibatan beberapa pemimpin pembangkang dalam perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur baru-baru ini, adalah jelas bahawa gerakan itu yang kononnya mahu memperjuangkan pembaharuan pilihan raya, mempunyai agenda politik. – BERNAMA

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan