Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ben Leong juarai PGM Sabah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Pemain profesional negara, Ben Leong melengkapkan kemenangan di gelanggang sendiri dengan catatan tiga di bawah par 69 untuk meraih gelaran Asian Development Tour (ADT) bagi kali kedua pada Kejohanan PGM Sabah di Sabah Golf and Country Club di Kota Kinabalu.

Kali pertama beliau mengungguli ADT ialah pada Kejohanan PGM Northport Glenmarie 2017.Atas kejayaan itu, Leong membawa pulang hadiah US$10,096 (kira-kira RM41,243) dan menerima enam mata Official World Golf Ranking (OWGR).

Pemain kelahiran Sabah berusia 32 tahun itu memulakan cabaran dengan kelebihan dua pukulan tetapi tercicir pukulan di lubang kedua par lima tetapi beliau bangkit cemerlang dengan mencatatkan empat birdie untuk memperoleh sejumlah 11 di bawah par 277.

Leong, yang sepatutnya boleh beraksi di Asian Tour TAKE Solutions Masters di Bengaluru, India, minggu ini sebaliknya memilih unutk beraksi di gelanggang sendiri kerana mahu meluangkan lebih banyak masa untuk bersama anaknya yang baru lahir, Zac, dan ini terbukti sebagai keputusan yang bijak untuk Leong.

“Saya tidak menghadapi banyak tekanan. saya hanya fokus kepada permainan dan tidak memperdulikan apa yang berlaku pada saingan bagi pendahulu. Memang manis untuk menang di gelanggang sendiri, lebih-lebih lagi isteri saya menontonnya dan bapa saya pula memberi sokongan,” kata Leong, seperti dipetik dalam laman sesawang rasmi ADT, www.asiandevelopmenttour.com.

“Saya beraksi dengan semangat padu hari ini dan tidak melakukan kesilapan. Saya gembira saya telah menemui sesuatu dalam permainan saya ketika membuat persiapan untuk beraksi pada Terbuka Shinhan Donghae dalam Jelajah Asia bulan depan. Saya berasa lebih yakin sekarang dan berasa tidak sabar untuk merealisasikan keyakinan ini sepanjang musim ini,” kata beliau.

Sementara itu, pemain Amerika Syarikat Sam Gillis mengumpul 69 untuk menduduki tempat kedua bagi melakar penampilan terbaik setakat ini pada musim pertama di sirkit rantau itu.

“Saya gembira permainan saya semakin berkembang dan saya tahu saya mempu melakukannya. Ben beraksi cemerlang hari ini selepas bermula dengan perlahan,” kata Gillis yang merupakan muka baharu.

Kejohanan PGM Sabah Championship ialah yang ke-12 dalam jadual ADT 2018.

Semua kejohanan ADT diberikan status Official World Golf Ranking (OWGR) apabila pemenang setiap kejohanan menerima sekurang-kurangnya enam mata OWGR sementara enam pemain teratas dan berada dalam kedudukan memperoleh mata secara “sliding scale.”

KEPUTUSAN FINAL:

277 – Ben Leong (MAS) 69-69-70-69;

280 – Sam Gillis (USA) 72-71-67-70;

283 – Greg Moss (USA) 72-72-72-67, Shinichi Mizuno (JPN) 71-70-70-72;

285 – Janne Kaske (FIN) 73-70-75-67;

287 – Johnson Poh (SGP) 74-68-74-71, Brett Munson (USA) 73-73-70-71;

288 – Jeremy Wendelken (USA) 72-70-73-73;

289 – Donlaphatchai Niyomchon (THA) 73-74-73-69, Nitithorn Thippong (THA) 77-70-73-69;

290 – Jesse Schutte (USA) 74-72-71-73, Oskar Arvidsson (SWE) 78-68-69-75.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan