Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belut terlepas dalam kereta api

BEBERAPA ekor belut dilihat menjalar di atas lantai kereta api bawah tanah di Shanghai, China.
BEBERAPA ekor belut dilihat menjalar di atas lantai kereta api bawah tanah di Shanghai, China.

Shanghai: Penumpang kereta api bawah tanah di bandar ini terkejut selepas berpuluh-puluh belut tiba-tiba terlepas dan berkeliaran di gerabak.

Kejadian pada minggu lalu itu berlaku selepas beberapa plastik belut yang dibawa seorang penumpang tiba-tiba pecah.

Beberapa gambar yang dimuat naik oleh penumpang di Internet menunjukkan berpuluh-puluh haiwan berbadan licin itu menjalar di atas lantai kereta api.

Bagaimanapun, penumpang kereta api berkenaan dilihat berada dalam keadaan tenang walaupun belut itu menjalar berhampiran kaki mereka.

Seorang lelaki juga dilihat mengutip belut itu untuk dimasukkan ke dalam sebuah baldi.- myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan