Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belum terlambat

8:52am 28/07/2016 Pak Roshan 561 views Global
SONG (kiri) dan isterinya mengambil gambar perkahwinan selepas 80 tahun hidup bersama. FOTO People's Daily Online.

SONG (kiri) dan isterinya mengambil gambar perkahwinan selepas 80 tahun hidup bersama. FOTO People’s Daily Online.

Beijing: Sepasang suami isteri akhirnya mengambil gambar perkahwinan mereka, 80 tahun selepas mereka berkahwin.

Song Qinglin, 102, dan isterinya Song Lishi, 99, terlalu miskin untuk menyambut perkahwinan mereka secara besar-besaran ketika berkahwin pada 1936. Majlis diadakan untuk meraikan mereka ketika itu hanya menyediakan tiga juadah, lapor People’s Daily Online.

Pasangan romantik dari wilayah Anhui, timur China itu memakai baju kahwin mereka sambil berpegang tangan sepanjang sesi merakam gambar pada 23 Julai lalu – ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-80.

Gambar disiarkan menunjukkan Lishi memakai gaun kahwin putih dihiasi labuci dan manik, manakala Song memakai baju tradisional, Changshan berwarna merah.

Mereka turut dibantu puluhan sukarelawan yang mahu membantu menjadikan pengalaman itu kenangan indah. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan