Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belum Jumpa, Wanita Belanja Berjuta Ringgit Demi Cinta

wanitaj

DIA tidak pernah bertemu dengan kekasihnya dari Afrika, namun wanita ini tidak kisah untuk membelanjakan RM5.07 juta demi cinta kepada kekasih `gelap’ itu.

Sarah, yang bercerai sebanyak dua kali, mengenali Chris Olsen melalui internet sejak 18 bulan lalu dan pasangan berkenaan berhubung melalui telefon berjam-jam setiap hari.

Setiap kali Olsen meminta wang, Sarah tanpa ragu-ragu memberikannya kepada lelaki berkenaan.

Olsen juga sudah berkali-kali cuba memasuki Amerika Syarikat, namun gagal dan ditangkap kerana memberikan maklumat palsu.

Dia mendakwa dia berasal dari Milan dan bekerja di Afrika Selatan, tetapi ada kalanya pula dia menyatakan dia bekerja di Nigeria dan Benin.

Wang yang diberikan oleh Sarah adalah untuk bayaran hotel, peguam dan kredit kad. Malah Sarah juga membayar wang jaminan sebanyak RM1.9 juta apabila Olsen ditangkap.

“Saya percaya Olsen menganggap saya sebagai isterinya.

“Saya sering ditanya sama ada Olsen seorang penipu atau tidak, tetapi saya percaya 95% terhadapnya dan dia jujur,’’ katanya.- MYNEWSHUB.cc

Komen


Berita Berkaitan