Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belum ada peruntukan naiktaraf sekolah daif

8:59am 07/06/2014 Pak Roshan 51 views Kota Kinabalu,Tempatan

sekolah

KOTA KINABALU: Jabatan Pelajaran Negeri Sabah masih belum menerima sebarang kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bagi melaksana projek menaiktaraf dan mengubah-suai bangunan sekolah yang daif di negeri ini.

Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Jame Alip menjelaskan perkara itu bagi merungkai segala kekeliruan yang timbul mengenai peruntukan RM500 juta yang dipohon jabatan itu.

“Terdapat pihak tertentu salah faham mengenai kenyataan saya dan mereka ingatkan Jabatan Pelajaran sudah menerima peruntukan itu.

“Hakikatnya, saya memang ada mengemukakan permohonan RM500 juta dan kami masih belum menerima sebarang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan,” jelasnya.

Beliau berkata, daripada 1,071 sekolah rendah dan menengah di seluruh Sabah, 640 sekolah daif telah dikenalpasti untuk dinaiktaraf dan diubahsuai kerana bangunan sekolah yang sedia ada terlalu lama dan daif serta ia berisiko sekiranya berlaku kebakaran.

“Oleh itu, peruntukan RM500 juta itu dipohon bagi memperbaiki keadaan bangunan 640 buah sekolah yang dikenalpasti itu dengan harapan, tiada lagi berlaku insiden kebakaran,” katanya kepada ditemui selepas Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Pendidikan 2014 di Grand Ballroom, di sini malam Rabu lalu.

Peruntukan permohonan RM500 juta itu dipohon sebaik sahaja Surat Perwakilan Kuasa Pegawai-Pegawai kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah dikeluarkan Kementerian Pelajaran pada 9 April lalu.

Jame berkata, sehingga hari ini sudah tujuh buah sekolah terlibat dalam kebakaran termasuk yang kebakaran bilik darjah SK Dualog, Kudat 30 Mei lalu.

Beliau berkata, bagi tujuan pembaikan dan pembinaan semula lima buah bangunan sekolah pertama yang terbakar, jabatan telah menerima RM15.4 juta.

Sekolah-sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kiulu; SK Gadong, Beaufort; SK Simpangan Kota Marudu; SK Tempasak, Kinarut; dan SK Penimbawan, Tuaran.

“Pihak kami akan terus memohon peruntukan bagi pembaikan dua buah sekolah lagi termasuk SK Dualog, Kudat,” katanya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan