Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belum Ada Pengesahan Dakwaan Penculikan 4 Lagi Rakyat M’sia

2:54pm 16/06/2016 Pak Roshan 756 views Mutakhir,Nasional

khalid2

KUALA LUMPUR – Baru saja Malaysia bergembira dengan pembebasan empat orang dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu-Sayyaf pada 1 April, kini timbul berita penculikan empat lagi rakyat Malaysia didakwa kononnya diculik di perairan Sulu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina mengenai laporan media negara itu.

Beliau berkata demikian dalam catatan Twitter terbaharunya.

Sebuah laporan berita Filipina memetik Pengarah Polis Tawi-Tawi, S/Supt Joselito Salido sebagai berkata sekumpulan suspek tidak dikenali didakwa membawa tebusan rakyat Malaysia itu ke pantai Sitankai, Tawi-Tawi sebelum memindahkan mereka ke Sulu.

Pada 8 Jun lepas, empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu-Sayyaf pada 1 April ketika belayar menggunakan bot tunda dari Manila ke Sabah, selamat dibebaskan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan