Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BELUM ADA KOMUNIKASI KUMPULAN PENCULIK: AZIS JAMMAN

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman (tengah) bersama Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah (kiri) dan Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superitanden Peter Ambuas pada sidang medaia di IPD Semporna. Gambar SNT/Ehsan IPD Semporna

SEMPORNA: Malaysia bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia bagi membantu siasatan kes penculikan dua nelayan warga mereka di perairan Pulau Gaya, Semporna semalam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman berkata, kerjasama itu termasuk bagi mengesan kedudukan sebenar mangsa yang dilarikan oleh kumpulan penculik bersenjata dipercayai terlibat dalam aktiviti menculik untuk mendapatkan wang tebusan (KFR).

Azis berkata, pihak berkuasa Indonesia telah dimaklumkan mengenai insiden itu dan sehingga kini siasatan masih lagi giat dijalankan untuk menyelamatkan mangsa.

“Masih belum ada komunikasi daripada kumpulan penculik dengan kita. Selain itu, kita masih tidak boleh sahkan kedudukan mangsa ketika ini.

“Bagaimanapun, saya telah meminta pihak berkuasa untuk mempergiatkan dan memperketatkan lagi kawalan keselamatan di perairan daerah ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di lokasi kejadian penculikan, di sini hari ini.

Azis turut mengesahkan bahawa keadaan keselamatan di Pantai Timur Sabah khususnya di Semporna adalah terkawal pada masa ini, malah sektor pelancongan berjalan seperti biasa.

Begitupun, beliau menegaskan insiden penculikan itu menunjukkan isyarat jelas kepada kerajaan Persekutuan tentang pentingnya memperkasakan keselamatan di Sabah terutama di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Saya telah menyatakan bahawa perairan Sabah cukup luas untuk kita kawal selia, oleh itu saya nyatakan penting untuk kerajaan menambah peruntukan kepada Esscom agar peralatan yang kita gunakan untuk mengawal mencukupi.

“Kejadian penculikan ini tidak beritahu bila ia berlaku… jangan kerana sudah lama tidak berlaku penculikan peruntukan keselamatan dikurangkan.. ini merupakan isyarat jelas kepada kita bahawa keselamatan perlu dipertingkatkan khususnya di perairan pantai timur Sabah,” ujarnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan