Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BELUM ADA CADANGAN UBAH HAD USIA BERKAHWIN DI SABAH: DATUK AIDI MOKTAR

KOTA KINABALU: Sabah masih menggunapakai peraturan di bawah Enakmen Keluarga Islam sedia ada yang menetapkan had umur perkahwinan bagi lelaki adalah 18 tahun manakala bagi perempuan pula adalah 16 tahun.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar berkata, sebarang cadangan untuk pindaan undang-undang itu hanya dibuat selepas menerima lampu hijau daripada Kerajaan Persekutuan.

“Bagaimanapun, sehingga hari ini kita belum ada cadangan untuk meminda dan mengemaskini akta perkahwinan. Kita tunggu perkembangan di peringkat pusat, kalau kata sepakat telah bersetuju untuk pinda, kita pun akan pertimbangkan untuk berbuat demikian.

“Perkara ini juga belum dibincangkan dengan pihak berkaitan seperti Mahkamah Anak Negeri sebab isu kahwin bawah umur melibatkan kanak-kanak 11 tahun ini tidak berlaku di Sabah, ia berlaku di Kelantan.

“Kalau di Mahkamah Syariah pun, wanita berumur 16 tahun itu mesti mendapat kebenaran Hakim dan Hakim pula akan siasat, tidak sewenang-wenangnya untuk memberikan kebenaran kahwin ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal merasmikan penutupan Program Keharmonian Antara Agama di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang.

Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah (Jabatan Perdana Menteri) itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dab Kesejahteraan Sosial) P. Waytha Moorthy dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Baharin Idris.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sama ada Sabah bercadang untuk meminda atau mengemas kini undang-undang perkahwinan seperti yang dilakukan oleh kerajaan Selangor dan Sarawak.

Pada Julai lalu, Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga akan menyelaraskan perbincangan berhubung menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun berbanding 16 tahun ketika ini. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan