Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belia USIA terbitkan buletin Wahdah

2:37pm 17/11/2016 Leolerry Lajius 38 views i-Muslim,Tempatan

KOTA KINABALU:   Sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) ke-30 jumaat ini,  Badan Belia Usia akan melancarkan penerbitan sulung Buletin Belia Usia ( Wahdah).

Ketua Penerangan Belia Usia Jaafar Abdul  Wahid berkata, Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Tun  Datuk Seri Panglima (Dr)  Haji Sakaran Dandai dijangka akan menyempurnakan majlis pelancarannya serentak dengan majlis perasmian Perhimpunan Agung Usia ke 30 pada  malam jumaat  bertempat di dewan Utama  Menara  Usia 1 Borneo.

Katanya, buletin  yang mengandungi sebanyak 32 muka surat ini, melaporkan segala kegiatan dakwah yang telah dilaksanakan oleh Belia Usia sepanjang tahun kepada masyarakat Islam khususnya Belia Islam di negeri ini.

“ Alhamdulillah buat pertama kalinya Belia Usia dapat menerbitkan sendiri buletinnya, sebagai nilai tambah  bagi mendekatkan belia Islam  di negeri ini,mengenali lebih dekat peranan serta usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Belia Usia dalam gerakan dakwah selain dari yang dihebahkan di Laman Sesawang ( Website) Belia Usia ,Media Sosial (Facebook) dan  WhatsApp” katanya dalam satu kenyataan media kelmarin.

Menurut Jaafar yang juga Ketua Pengarang   Buletin  Belia Usia ( Wahdah) selain paparan artikal kegiatan belia Usia, buletin ini juga mengandungi beberapa ertikal yang berunsurkan ilmiah yang menjurus kepada artikal berkaitan dengan agama Islam yang ditulis oleh tokoh-tokoh Islam dan juga Ustaz yang terlibat secara langsung dalam kegiatan dakwah di negeri ini.

Tambah beliau, usaha  dakwah merupakan suatu proses  dinamik yang sentiasa bergerak seiring dengan perubahan persekitaran yang sentiasa berubah, sehubungan dengan itu menurut beliau usaha mempelbagai kaedah dakwah perlu dilaksanakan dengan memperbaiki pendekatan ,memperkemaskan strategi dan memperkasakan seluruh dimensi dakwah dengan lebih berkesan  dan penerbitan buletin ini merupakan salah satu usaha dan pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Belia Usia.

“ Melalui penerbitan ini, selain kita dapat memasyarakatkan gerakan dakwah kepada umat Islam khususnya di kalangan belia, penerbitan ini juga dapat mendekatkan golongan belia kepada peranan serta sumbangan Belia Usia kepada gerakan dakwah sekaligus boleh menarik minat mereka itu menjadi ahli dan menyertai program program dakwah dan agama yang diadakan oleh Belia Usia,”katanya./SayangSabah

BAKAL DILANCARKAN... Jaafar menunjukan kulit depan Buletin Belia Usia (Wahdah) yang bakal dilancarkan jumaat ini.

BAKAL DILANCARKAN… Jaafar menunjukan kulit depan Buletin Belia Usia (Wahdah) yang bakal dilancarkan jumaat ini.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan